Wahai diri yang sedang meraba di dalam gelita, lihatlah kepada sang Nabi Yang Mulia ﷺ. Walau duka melanda setinggi gunung, walau ujian datang memuncak dan membubung, wajah Baginda tetap tenang dan indah bak bulan purnama, senyuman Baginda mekar bagaikan mawar di taman syurga. Itulah tanda kebahagiaan yang hakiki; bukan kerana dunia di bawah kaki, tetapi kerana Allah ‘bertakhta’ di dalam hati. Jika Baginda yang paling dicintai diuji sehebat itu tetap tersenyum manis, maka mengapakah engkau yang mengaku pengikut Baginda masih mahu menangis dan mengecap gerimis sentiasa?
–
Maka, duhai jiwa yang sedang bersuluk di jalan Tarekat, perhatikanlah langkahmu dengan cermat. Jika jalan yang kau tempuh itu hanya menambah keluh, dan amalan yang kau buat hanya membuatkan hatimu semakin keruh, maka berhentilah sejenak untuk bermuhasabah. Periksalah kembali niat yang mungkin telah tersimpang arah, atau mungkin hatimu masih terikat pada dunia yang murah. Adakah kau mengambil jalan ini untuk mencari kemasyhuran diri, atau semata-mata untuk menyerahkan diri kepada Ilahi?
– Mungkin sahaja, Mursyid yang mendidikmu sudah memberikan penawar yang mujarab, namun engkau yang enggan membuka hijab. Ataupun, mungkin hati yang dijajah jelaga dengki yang pekat, takkan mampu menyambut cahaya makrifat. Bahagia di jalan ini adalah janji yang pasti, seperti manisnya madu yang tak pernah memungkir janji. Namun jika di lidahmu hanya terasa pahit yang
Leave a Reply