FASA KEEMPAT: PENYINGKIRAN HIJAB.
Pendakian diteruskan ke wilayah yang lebih tinggi, di mana “Rasa” bertukar menjadi “Pandangan” apabila hijab telah tersingkir. Ruh yang telah suci daripada daki duniawi akan dianugerahkan dapat melihat Nabi. Ini bukanlah penglihatan fizikal yang dibatasi oleh ruang dan masa, tetapi penglihatan ruh yang menembus dimensi.
–
Di maqam ini, segala keindahan dunia ini menjadi hambar karena ruh telah menyaksikan sumber segala keindahan. Hijab-hijab cahaya dan kegelapan disingkap satu persatu.
Melihat dengan ruh ini adalah puncak rindu. la adalah satu keadaan di mana antara si pencinta (kita) dan yang dicinta (Rasulullah ) sudah tidak ada lagi dinding pemisah. Setiap kali menyebut nama Nabi, ruh terus “hadir” di hadapan Baginda.
–
Ketahuilah dinding pemisah itu adalah Diri Kita Sendiri. Selagi kita merasa “Aku yang bersholawat”, “Aku yang beramal”, atau “Aku yang rindu”, selagi itulah ada dinding. “Aku” itu adalah hijab.
–
Di maqam keempat ini, dinding “keakuan” itu runtuh. Si pencinta sudah tidak nampak lagi dirinya. Dia tidak peduli lagi tentang kepentingannya. Apa yang tinggal dalam ruang hatinya hanyalah Nabi.
–
Apabila dinding itu runtuh, hati menjadi seperti cermin yang sangat bersih. Cermin tidak menunjukkan dirinya sendiri, ia hanya menunjukkan apa yang ada di depannya. Maka, ruh itu melihat Nabi karena tiada lagi “kotoran ego” yang menghalang pantulan cahaya Baginda masuk ke dalam hati.
Bagi orang awam, Sholawat adalah hantaran “surat” yang kita harap akan sampai. Tetapi bagi ahli maqam ini, Sholawat itu adalah “Kendaraan”. Sebaik sahaja lafaz “ShallAllah Subhanahu wa Ta’alau ‘Ala MUHAMMAD” (atau lafaz Sholawat yang lain) dilepaskan, ruhnya tidak lagi berada di alam fizikal.
–
Ruh itu tidak tertakluk kepada hukum fizik. la merentas masa dan ruang dalam sekelip mata. “Sampai ke hadapan Baginda” bermaksud ruhnya berada di dalam satu dimensi Nur (selepas tersingkapnya hijab), di mana dia merasakan komunikasi itu berlaku secara langsung (Face-to-Face secara ruhani).
–
Sebab itu orang yang berada di tahap ini, tubuhnya mungkin di bumi, tapi jiwanya seolah-olah sedang bersimpuh di hadapan RASULULLAH Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dia mungkin sedang makan, tapi matanya bercahaya seolah-olah sedang menatap sesuatu yang sangat indah.
–
Apabila ruh melihat Nabi, semua jadi tawar. Kenapa? Sebab ruh sudah “merasa” kemanisan yang sebenar. Ibarat orang yang sudah menatap wajah rembulan purnama di tengah malam yang sunyi, dia tidak lagi peduli pada kerlipan bintang yang banyak. Dunianya sudah terang, jiwanya sudah tenang. Inilah yang dinamakan “Mabuk Cinta”.
–
Tahap ini adalah satu keadaan di mana Syariat (Lisan), Tarekat (Hati), dan Hakikat (Ruh) sudah menjadi satu. Tiada lagi kepura-puraan. Segalanya adalah kejujuran cinta yang mutlak.
(FASA KELIMA – Part 3/3)
Yu akhiri dengan membaca sholawat:
Jazallahu anna sayyidina Muhammadan sallallahu alaihi wasallama ma huwa ahluh
Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad ﷺ atas jasa-jasa beliau kepada kita, dengan balasan yang selayaknya (paling layak) beliau terima
Bacalah sholawat diatas minimal 3x/7x setelah selesai sholat, Fadhilahnya adalah; apabila dibaca dari 1x sholawat akan membuat 70.000 Malaikat kelelahan munuliskan pahalanya. (Kitab Irsyadul ‘ibad Ila sabilir Rasyad), Juga di Riwayat lain disebutkan. “Barang siapa yang mengucapkan: Jazallahu ‘anna Muhammadan maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 Malaikat pencatat amalan selama 1000 hari”. (HR. Imam ath-Thabraani)