FASA KELIMA: PENYATUAN SIRR.
Puncak segala pendakian adalah fasa di mana individu itu lebur dalam cinta yang mutlak (Fana’ fi ar-Rasul). Ruh manusia itu kini tidak lagi melihat dirinya sebagai entiti yang berasingan, melainkan ia telah “menyatu” dengan Rahasia (sirr) kenabian. Perlu ditegaskan, ini bukan kesatuan zat, tetapi kesatuan kehendak dan sifat. Sirr atau Rahasia di dalam diri manusia itu disalin dengan persalinan cahaya kenabian yang sangat gemilang lagi sempurna.
–
Pada maqam yang amat tinggi ini, manusia itu menjadi “PERNYATAAN Wujud Nabi”. Segala tindakannya, diamnya, bicaranya, dan pandangannya merupakan manifestasi daripada akhlak dan cahaya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dia telah menjadi cermin yang sempurna. Apabila orang lain melihatnya, mereka tidak melihat dirinya, tetapi mereka melihat pancaran cahaya kenabian yang terpantul daripadanya. Dia adalah bukti hidup bahwa risalah kenabian itu abadi. Dirinya sudah lebur, egonya sudah sirna, yang tinggal hanyalah cahaya di atas cahaya. Sholawatnya bukan lagi sebuah ucapan, tetapi seluruh kewujudannya adalah sebuah Sholawat yang agung kepada Pencipta alam semesta.
–
REFLEKSI DI PUNCAK MAKRIFAT.
Perjalanan melalui lima maqam ini mengajarkan kita bahwa setiap tingkat adalah penyediaan bagi tingkat yang seterusnya. Tiada lonjakan tanpa langkah pertama. Kita sering mengeluh tentang kegersangan jiwa, namun adakah kita telah mula membasahkan lisan? Kita merindukan pandangan, namun adakah kita telah menghadirkan hati?
–
Sesungguhnya, Sholawat adalah jambatan yang membawa kita daripada kegelapan diri menuju cahaya hakikat. Maqamat ini bukan sekadar teori untuk didebatkan, tetapi sebuah peta jalan untuk ditempuhi dengan penuh adab dan istiqamah. Di hujung perjalanan ini, kita akan menyedari bahwa tujuan akhir kita bukan sekadar untuk bertemu, tetapi untuk “lebur” dengan yang dicintai oleh Dia yang Maha Mencintai.
–
Tapi ingatlah, niat di awal Sholawat bukanlah mengejar maqam, tapi semata-mata mengharap Ridho Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja. Kelima-lima FASA ini telah dilalui oleh mereka (Ahli Sholawat) yang telah wushul kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, untuk kita ia sebagai muhasabah dan supaya kita tidak berada di zon selesa dengan hanya Sholawat di bibir. Marilah kita memperbanyakkan KUALITI di samping kuantiti Sholawat kita.
–
Akhir kalam;
“Tenggelamlah ke dalam samudera Sholawat, hingga sirna dirimu, yang ada hanyalah getaran cinta Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam. Tatkala lisan membeku dalam berkata, tersingkaplah hijab mata bashirahmu; kau akan dipenuhi dengan kekayaan makrifatullah, karam dalam memandang Jamal-Nya hingga lebur wujudmu, tiada lagi yang ada melainkan Dia, Sang Hakiki. Inilah Puncak Makrifat yang didamba oleh Sang Pencinta Sejati.”
Yu akhiri dengan membaca sholawat:
Jazallahu anna sayyidina Muhammadan sallallahu alaihi wasallama ma huwa ahluh
Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad ﷺ atas jasa-jasa beliau kepada kita, dengan balasan yang selayaknya (paling layak) beliau terima
Bacalah sholawat diatas minimal 3x/7x setelah selesai sholat, Fadhilahnya adalah; apabila dibaca dari 1x sholawat akan membuat 70.000 Malaikat kelelahan munuliskan pahalanya. (Kitab Irsyadul ‘ibad Ila sabilir Rasyad), Juga di Riwayat lain disebutkan. “Barang siapa yang mengucapkan: Jazallahu ‘anna Muhammadan maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 Malaikat pencatat amalan selama 1000 hari”. (HR. Imam ath-Thabraani)