25. Tempah Tempat Dudukmu Di Syurga Bersama RASULULLAH Shallallahu ‘alaihi wasallam

Kedudukanmu di negeri abadi bukanlah sebuah kebetulan, melainkan sejauh mana Sholawatmu telah mendarat di lubuk fuadi semasa di dunia. Setiap fasa pengabdianmu membina darjat kedekatanmu dengan Sang Kekasih Shallallahu ‘alaihi wasallam:

1. KEPATUHAN ADAB : MENENTUKAN KELAYAKAN BERTAMU.

Segala-galanya bermula dengan menyahut seruan agung daripada Tuhan Rabbul ‘Alamin. Allah Subhanahu wa Ta’ala SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 56:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala dan malaikat-Nya bersholawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”

Apabila Tuhanmu sendiri dan para malaikat-Nya melakukan perbuatan ini, maka Sholawatmu haruslah tegak di atas landasan adab yang paling tinggi. Ia bukan sekadar rutin, tetapi sebuah kepatuhan batin kepada perintah-Nya. Biarlah pengabdianmu mengikut tertib yang digariskan—sebagai bukti cintamu yang setia pada jalan Sang Kekasih. Di sinilah kelayakanmu diuji; hanya mereka yang benar-benar ‘patuh’ dalam menyahut seruan Ilahi di dunia ini dengan adab dan tertib yang tinggi, akan dibangkitkan dengan wajah yang bercahaya dan layak menerima jemputan bertamu di majlis agung-Nya di sana nanti.

2. MUJAHADAH RINDU: MENENTUKAN KEDEKATAN BARISAN.

Apabila Sholawat mula mendaki ke alam rasa, ia menjadi alat untuk membasuh karat di cermin hati. Biarpun proses penyucian ini terasa pedih dan meletihkan, ia adalah usaha untuk merapatkan jarak batin.

“Dudukmu” di Syurga ditentukan oleh seberapa tekad engkau menghadapkan wajah hatimu kepada RASULULLAH Shallallahu ‘alaihi wasallam di dunia. Setiap kalimah Sholawat yang diulang dengan sabar adalah langkah merapatkan barisan. Engkau tidak sekadar berada di sana tetapi ditempatkan tepat di hadapan punca segala rahmat, karena seluruh perhatian jiwamu telah terbiasa tertumpu kepada Baginda tanpa jemu. Semakin jernih hatimu daripada selain Baginda, semakin di hadapanlah kedudukanmu dengan Baginda.

3. KESATUAN NAFAS: MENENTUKAN KEAKRABAN RUHANI.

Pada tahap ini, Sholawat bukan lagi satu tugasan yang perlu diselesaikan, tetapi ia telah menyatu menjadi nafasmu sendiri. Ia turun dan naik secara semula jadi, membuktikan bahwa nadi kehidupanmu hanya berdenyut di dalam perhatian RASULULLAH Shallallahu ‘alaihi wasallam. Di dunia lagi, engkau sudah “hidup” bersama RASULULLAH melalui Sholawat yang tidak putus. Maka di akhirat, dudukmu di Syurga adalah sebuah kesinambungan daripada keakraban yang telah engkau bina. Engkau tidak merasa asing, karena jiwamu sudah lama menetap dalam ingatan kepada Baginda.

4. HAKIKAT KEBERSAMAAN: MELAMPAUI MASA dan RUANG.

Inilah puncak segala Rahasia. Cinta sejati tidak mengenal batas bilangan, malah ia tidak lagi terikat dengan batas tempat dan waktu. RASULULLAH Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Seseorang itu bersama dengan siapa yang dicintainya.”

Ketahuilah, perkataan “bersama” di sini membawa Rahasia yang besar. Ia bukan sekadar janji untuk masa hadapan di akhirat kelak, tetapi ia adalah hakikat yang berlaku “SEKARANG dan DI SINI”.

Bagi pencinta yang telah fana di dalam menyebut nama Sang Kekasih, kebersamaan itu sudah wujud tanpa perlu menunggu kematian. Engkau sudah bersama dengan yang dicintai setiap kali namanya melintasi nadi dan perasaanmu.

Di Syurga nanti, kedudukanmu hanyalah penzahiran zahir bagi sebuah penyatuan batin yang sudah pun sempurna di dunia. Engkau tidak lagi “akan” bersama, tetapi engkau “senantiasa” bersama dalam dakapan kasih RASULULLAH yang abadi.

“Syurga hanyalah tempat bagi jasad, namun bagi ruh yang mencinta, tempat duduknya adalah pada setiap Sholawat yang menghidupkan rasa kebersamaan dengan Sang Kekasih, setiap saat tanpa antara.”

Yu akhiri dengan membaca sholawat:

Jazallahu anna sayyidina Muhammadan sallallahu alaihi wasallama ma huwa ahluh

Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad ﷺ atas jasa-jasa beliau kepada kita, dengan balasan yang selayaknya (paling layak) beliau terima

Bacalah sholawat diatas minimal 3x/7x setelah selesai sholat, Fadhilahnya adalah; apabila dibaca dari 1x sholawat akan membuat 70.000 Malaikat kelelahan munuliskan pahalanya. (Kitab Irsyadul ‘ibad Ila sabilir Rasyad),  Juga di Riwayat lain disebutkan. “Barang siapa yang mengucapkan: Jazallahu ‘anna Muhammadan maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 Malaikat pencatat amalan selama 1000 hari”. (HR. Imam ath-Thabraani)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *