3. Rahmat Sholawat Menenggelamkan Dosa dalam Samudera Cinta

Bayangkan sehelai kain usang yang dilemparkan ke dalam lautan minyak wangi yang paling harum di dunia. Walau seberapa kotor sekalipun kain itu pada asalnya, saat ia tenggelam dan menyerap setiap titisan wangian tersebut, ia tidak lagi dikenali sebagai kain kotor — ia menjadi pembawa aroma yang mempesonakan. Begitulah perumpamaan sebuah jiwa yang lemas dalam lautan Sholawat.

Dalam perjalanan mendaki puncak makrifat, seorang salik seringkali terbeban dengan beratnya karung yang berisi dosa, kelalaian, dan debu-debu duniawi. Seringkali kita merasa tidak layak untuk mendekati pintu Ilahi karena sadar akan hitamnya hati. Namun, dalam tradisi kesufian, ada satu kunci emas yang mampu membuka pintu yang tertutup rapat itu, yaitu Sholawat yang tidak bertepi. Sholawat bukan sekadar susunan huruf yang meniti di bibir, tetapi ia adalah getaran cinta yang menghubungkan zarah-zarah kehambaan kita dengan pusat cahaya semesta, yaitu Ruhani Baginda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

SHOLAWAT SEBAGAI TEBUSAN DOSA DAN KELALAIAN.

Bersholawatlah sebanyak dosa dan kelalaian kita. Dosa dan lalai adalah dinding tebal yang memisahkan hamba dengan Penciptanya. Setiap kali kita bersholawat, kita sebenarnya sedang meruntuhkan dinding tersebut dengan kekuatan cinta.

Dalam pandangan mata batin, setiap Sholawat itu bertindak sebagai “penyerap” kegelapan. Jika dosa kita seluas lautan, maka Sholawat harus menjadi samudera yang lebih luas lagi untuk menenggelamkan keburukan tersebut. Kelalaian kita selalunya berpunca daripada hati yang terputus daripada “Ingatan Pusat.” Dengan memperbanyakkan Sholawat, kita sedang memaksa nadi dan jantung kita untuk kembali berdegup mengikut ritma kecintaan kepada kekasih Tuhan, sehingga akhirnya tiada lagi ruang untuk kelalaian itu bertapak.

JAMBATAN RUHANI: HUBUNGAN TANPA JARAK.

Puncak daripada amalan Sholawat yang istiqamah adalah ‘Ittishal’ atau perhubungan ruhani. Dalam alam malakut, jarak tidak diukur dengan kilometer, tetapi dengan kualiti rindu. Apabila seseorang itu sudah sebati dengan Sholawat, ruhaninya mula mendekat kepada Baginda Nabi, dia tidak lagi merasa Baginda itu jauh di Madinah atau jauh di lipatan sejarah 1400 tahun yang lalu. Ruhaninya senantiasa diselubungi cinta yang mendalam dan rindu yang bersangatan kepada Baginda Nabi. Maka sampai suatu tahap si hamba pasti akan merasai apa yang dirasa oleh Ahlillah yaitu “Ku Temui Bahagiaku Di Dalam Sholawat”.

Hubungan ruhani ini adalah sebuah “talian hayat.” Ruhani Nabi adalah sumber cahaya asal (Nur Muhammad) yang menjadi punca segala kewujudan. Apabila talian ini tersambung, ruhani si hamba akan mengalami proses “di-caj” semula. Hati yang dahulunya mati mula berputik, akal yang dahulunya buntu mula mendapat ilham. Penyatuan ini bukan bermakna hamba menjadi Nabi, tetapi hamba itu mendapat naungan di bawah payung syafaat dan bimbingan ruhani yang berterusan.

Sholawat adalah nafas bagi jiwa yang ingin hidup. Ia adalah ubat bagi hati yang sedang gundah dan kunci bagi Rahasia yang tersembunyi. Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa menghubungkan diri dengan punca segala rahmat. Marilah memperbanyakkan Sholawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebanyak-banyaknya sehingga sebati dengan diri.

Orang yang ingin berjalan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala (mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala secara khassah) tanpa Mursyid (belum bertemu Mursyid Kamil Mukammil) maka hendaklah ia memperbanyakkan Sholawat, bergelimang dengan Sholawat karena apabila senantiasa dengan Sholawat maka Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam akan dorongkan ruhaninya bertemu dengan wakil Baginda yaitu Mursyid.

Ahli Sholawat takkan celaka,

Ahli Sholawat takkan sesat,

Ahli Sholawat kekasih Nabi,

Ahli Sholawat ruhaninya dipandu,

Ahli Sholawat selamat dunia akhirat.

Yu akhiri dengan membaca sholawat:

Jazallahu anna sayyidina Muhammadan sallallahu alaihi wasallama ma huwa ahluh

Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad ﷺ atas jasa-jasa beliau kepada kita, dengan balasan yang selayaknya (paling layak) beliau terima

Bacalah sholawat diatas minimal 3x/7x setelah selesai sholat, Fadhilahnya adalah; apabila dibaca dari 1x sholawat akan membuat 70.000 Malaikat kelelahan munuliskan pahalanya. (Kitab Irsyadul ‘ibad Ila sabilir Rasyad),  Juga di Riwayat lain disebutkan. “Barang siapa yang mengucapkan: Jazallahu ‘anna Muhammadan maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 Malaikat pencatat amalan selama 1000 hari”. (HR. Imam ath-Thabraani)